Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada tahun hadapan (2023).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Prospek ekonomi global dilaporkan telah “menjadi gelap dengan ketara” sejak April lalu sehingga mendorong IMF menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 3.6 peratus.
Penyebaran inflasi yang lebih universal, kenaikan kadar faedah lebih besar, kelembapan pertumbuhan ekonomi China dan peningkatan sekatan berkaitan perang Russia-Ukraine.
“Kita berada di perairan yang sangat bergelora,” kata Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva.
Ya. Berita buruk berlatarbelakangkan prospek global ini tentunya cukup merungsingkan kita sebagai rakyat Malaysia yang turut berdepan dengan konflik domestik.
Dalam keadaan ekonomi pasca pandemik “intangibly” dilihat masih amat kurang memberansangkan, peningkatan harga barang, peluang pekerjaan terhad, kejatuhan nilai ringgit.
Begitu juga Malaysia yang ketika ini ditadbir sebuah kerajaan campuran caca marba yang berbeza fahaman politik yang saling bertelagah dan ‘sailang’.
Maka belum terlihat persediaan sebuah urus tadbir yang dapat menjamin kemampuan Malaysia untuk berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi pada tahun depan.
Persoalan terpenting apakah Malaysia sebuah negara bersaiz ekonomi sederhana mampu berdepan risiko tersebut tanpa persiapan yang mencukupi?
Logik akal berfikir Malaysia memerlukan kedudukan ekonomi yang kukuh dengan pimpinan kerajaan yang mantap untuk bergandingan membentengi negara daripada impak kemelesetan.
Kita memerlukan sebuah pimpinan yang dapat membuat unjuran ekonomi menghampiri 100 peratus tepat dan mampu merangka pengurusan risiko paling berkesan.
Sebagai contoh Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengunjurkan Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada hasil petroleum kerana pasarannnya diramal tidak stabil pada masa depan.
Beliau memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebagai mekanisme penting mempertingkatkan hasil negara.
GST membolehkan negara memiliki kekuatan ekonomi kendiri kira-kira RM30 bilion setahun tanpa perlu bergantung kepada pasaran global petroleum yang tidak menentu.
Namun beliau tidak lagi berada dalam kedudukan untuk membantu mempersiapkan ekonomi negara berdepan kemelesetan yang dijangkakan IMF pada tahun depan.
Justeru, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang mahir dan berpengetahuan dalam perihal ekonomi seperti Najib untuk mengetuai kerajaan berdepan cabaran mendatang.
Untuk itu kita perlu mengetahui latar belakang Najjb yang merupakan seorang ahli ekonomi. Memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dan pernah terlibat dalam sektor korporat, perbankan serta petroleum.
Ini amat berbeza berbanding Perdana Menteri sedia ada, Datuk Seri Ismail Sabri yang berlatarbelakang bidang undang-undang, Tun Dr. Mahathir Mohamad (perubatan) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sastera).
Pemimpin politik yang mempunyai ciri-ciri ketokohan ekonomi setanding Najib Razak adalah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau mempunyai latar belakang teknokrat ternasuk dalam sektor perbankan, malah pernah menjadi pengurus besar bank di London sebelum berhijrah ke sektor korporat dengan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat ternama.
Tok Mat juga pernah dilantik sebagai anggota lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Khazanah Nasional Berhad dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Beliau turut diberi kepercayaan dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad dan menjadi penasihat Mercedes Benz Asia Pte Ltd untuk rantau Asia Tenggara.
Semasa penggalnya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau berjaya memajukan ekonomi negeri tersebut dengan cemerlang sehingga mencapai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2007 4.3 peratus.
Negeri Sembilan terus mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan dibawah pimpinan beliau dengan KDNK pada tahun 2011 dan 2012 masing-masing mencatat 5.2 dan 6.2 peratus.
Hutang Negeri Sembilan kepada Kerajaan Persekutuan juga rendah dan terkawal iaitu RM254 juta dan menjadi satu-satunya negeri membayar hutang secara tunai kepada Kerajaan Persekutuan.
Beliau semasa menjadi Menteri Besar memberi penekanan kepada sektor pertanian, industri herba, bioteknologi, pelancongan, pembuatan dan hartanah bagi mengimbangi pembangunan bandar dan luar bandar.
Pelbagai projek pembangunan dilaksanakan beliau sehingga negeri itu terus mencatat prestasi ekonomi yang membanggakan termasuk menarik pelaburan RM1 bilion pada tahun 2015.
Tok Mat mengamalkan dasar pelaburan yang mesra pelabur dengan mengoptimumkan bilangan tanah yang sesuai untuk para pelabur mengembangkan operasi syarikat mereka di negeri tersebut.
Untuk rekod, Negeri Sembilan di bawah pimpinan Tok Mat mampu untuk membentangkan belanjawan berimbang.
Ternyata Tok Mat harapan terbaik Malaysia untuk mengharungi ramalan kemelesetan ekonomi pada waktu Perdana Menteri sedia ada kelihatan pasif berdepan kemelut ekonomi termasuk dalam isu kejatuhan nilai ringgit.
Mynewshub-