Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UMNO Perlu Ada Roh...

KUALA LUMPUR – Roh pembangkang perlu wujud dalam DNA UMNO bagi memastikan parti...

Remaja Maut, Motosikal Rempuh...

DENGKIL : Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangi merempuh seekor kerbau di sini,...

180 Jam Khidmat Masyarakat...

Melaka - Seorang gadis diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah...

Wau 100 Kg Meriahkan...

KOTA BHARU - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh mengambil masa hampir satu jam...

Tok Mat Umum Berita Gembira Bertanding Parlimen

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sesuatu yang sudah dijangka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

DUN Rantau adalah kawasan dominan beliau, malah tidak keterlaluan jika dikatakan Tok Mat dan masyarakat Rantau ibarat isi dan kulit, aur dan tebing berpisah tiada.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Tok Mat namun pernah cuba dimalukan oleh Pakatan Harapan (PH) di DUN Rantau dengan membantah kemenangan beliau.

Tentu semua masih ingat kekecohan yang berlaku semasa hari pengundian bagi DUN Rantau pada 9 Mei 2018 sehingga menyaksikan calon PH tersingkir.

Ia gara-gara calon PH daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S. Streram dilarang masuk ke pusat pengundian oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gara-gara kesilapan entah apa-apa Streram boleh terlupa membawa tag atau pas masuk yang disediakan oleh SPR sebelum hari pengundian bermula.

Bagaimanapun, Mahkamah Khas Pilihan Raya selepas Malaysia dikuasai kerajaan PH memutuskan kemenangan Tok Mat adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim mengarahkan Pilihan Raya Kecil diadakan di DUN Rantau segera. Tan Sri Dr Rais Yatim yang kini Yang Dipertua Dewan Rakyat antara yang menyambut baik keputusan itu.

Tetapi akhirnya Tok Mat tetap memenangi PRK DUN Rantau dengan memperoleh 10,397 undi, mengalahkan Streram yang sekadar mendapat 5,887 undian.

Tok Mat menang bergaya di DUN Rantau meskipun PH menggerakkan hampir seluruh jentera kerajaan yang dikuasainya untuk memenangkan calon mereka.

Nama besar PH seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu juga turun berkempen.

Itu kisah tentang aura Tok Mat di DUN Rantau. Namun apa yang sukar dijangka adalah Tok Mat mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU-15.

Berita itu sudah pasti mengembirakan majoriti rakyat khususnya akar umbi UMNO yang sememangnya mahukan kemunculan Tok Mat di peringkat kerajaan Persekutuan.

Sudah lama rakyat Malaysia mengharapkan sentuhan Tok Mat di Putrajaya dan harapan menghampiri kenyataan namun dengan syarat Barisan Nasional (BN) menang besar.


Bagaimanapun terdapat persoalan kawasan Parlimen mana yang harus ditandingi oleh Tok Mat pada PRU-15. Ini maklumat yang sedang ditunggu-tunggu ramai.

Terdapat pendapat bernas lagi meyakinkan bahawa tiada kerusi Parlimen lain yang lebih wajar, selamat dan harus ditandingi oleh Tok Mat iaitu Parlimen Rembau.

Sebagai tokoh besar UMNO tentunya Tok Mat perlu dipastikan memperoleh kemenangan besar untuk mengiringinya ke Putrajaya dan Parlimen Rembau dianggap paling bersesuaian.

Pertama, Tok Mat adalah nama besar di Parlimen Rembau, malah beliau mempunyai pengaruh dan kekuatan yang jitu di situ selalu Ketua UMNO Bahagian Rembau,

Kedua, penduduk Rembau sememangnya mengharapkan Tok Mat sebagai Ahli Parlimen, namun Tok Mat sebelum ini diperlukan untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ketiga, selepas ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tok Mat antara pemimpin UMNO yang dilihat mampu meneruskan momentum kemenangan BN atas pelbagai faktor.

Akan tetapi untuk memastikan rakyat mengapai harapan mereka, penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu memberi laluan kepada Tok Mat.

Inilah masanya untuk Khairy Jamaluddin berjiwa besar dan membuktikan kepada akar umbi UMNO bahawa dirinya sanggup berkorban demi kepentingan parti.

Inilah masanya untuk Khairy Jamaluddin menebus dosanya kepada UMNO dan BN apabila bersengkongkol mempertahankan musuh BN, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Namun pengaruh yang ada pada Khairy Jamaluddin tidak wajar UMNO sia-siakan. Usah ketepikan beliau. Reputasinya sebagai Menteri seharusnya digunakan semasa PRU-15.

Khairy Jamaluddin dengan kekuatannya harus digerakkan dengan meletakkan beliau sebagai calon Parlimen Seremban yang sudah beberapa penggal dikuasai DAP.

Jika MCA enggan mengalah dan tetap mahu bertanding Parlimen Seremban, maka Parlimen Permatang Pauh barangkali paling sesuai untuk Khairy Jamaluddin bertanding.

Khairy Jamaluddin yang sering menganggap dirinya sebagai tokoh muda yang berjiwa muda adalah paling wutuh untuk berdepan dengan tokoh muda PH, Nurul Izzah Anwar.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori