Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Operasi SAR Peluncur Layar...

SEREMBAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang peluncur layar atau paraglider...

Khidmat Ronaldinho RM618,000 Sebulan

KUALA LUMPUR - US$150,000 atau RM618,000 sebulan. Itu bayaran yang dilihat mampu ‘menarik’...

Minta Henti Tuding Jari...

KUALA LUMPUR  - Tindakan segelintir pihak secara berterusan menyalahkan pengendali pusat tahfiz kononnya...

Pelajar UTM Cipta Aplikasi...

JOHOR BAHRU - Sekumpulan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil...

TPM Singapura Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Kerja

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia hingga Rabu ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022.

Beliau berlepas dari Singapura dengan pesawat komersial dan disambut oleh Ketua Protokol Kementerian Luar Mohd Aini Atan; Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Malaysia Datuk Rozainor Ramli dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lawrence menerima tabik hormat di Balai Ketibaan KLIA sebelum memeriksa kawalan kehormat oleh 32 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.


Semasa lawatannya ke Malaysia, Lawrence dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Antara lain beliau turut dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bertemu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan yang terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan RM267.11 bilion pada 2021, meningkat sebanyak 25.2 peratus berbanding nilai direkodkan pada 2020.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori