Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Gambar Askar Kamikaze Senyum...

DI medan peperangan, tiadaĀ darjat yang lebih tinggi dari seseorang yang sanggup mengadaikan nyawa...

UPP Rampas Rokok Seludup...

KOTA BAHARU - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas pelbagai jenis rokok seludup...

Pukat Tunda: 8 Bot...

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu pihak berkuasa...

Tragedi MH370, MH17 Ada...

SUNGAI PETANI - Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan tragedi pesawat MH17 yang...

Trafik Di Lebuh Raya Mula Sesak

Kuala Lumpur : Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan sudah mula sesak dengan pertambahan kenderaan berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti Hari Malaysia.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya setakat 9.25 pagi ini menunjukkan aliran trafik perlahan ke arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya.

Trafik turut perlahan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan Hentian Behrang ke Sungkai.

Trafik juga perlahan menghala Tapah ke Gopeng, Terowong Menora ke Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Hentian Bukit Gantang.


Bagi arah selatan, trafik perlahan di Bandar Bahru ke Plaza Tol Alor Pongsu dan Perai ke Juru Auto City.

Sementara itu, menerusi laman Twitter Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) setakat 9 pagi, aliran trafik sesak 1.2 kilometer dari Kilometer (KM) 35.1 hingga KM36.3 (Gombak hingga Genting Sempah) berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur.

Bagaimanapun, di lebuh raya LPT setakat ini trafik lancar di kedua-dua arah.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori