Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lawatan Anifah Ke Arab...

KUALA LUMPUR - Perjumpaan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan...

PAS Halau Keluar Bekas...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa pemimpinnya yang merupakan bekas...

Luahan Rasa Isteri Ini...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bait lirik lagu nyanyian P.Ramlee yang...

PM Belanda Bidas Mahathir...

BRUSSELS – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana...

Tragedi Mandi Di Pantai Tanjung Balau

Kota Tinggi : Remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di sini, ditemukan lemas petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa ditemukan pasukan penyelamat pada jam 2.37 petang jarak kira-kira 50 meter daripada lokasi dilaporkan hilang.

“Mayat dipercayai tersangkut di celah batuan di kawasan lokasi penemuan. Untuk makluman, lokasi kejadian terdapat kawasan berbatu.

“Mangsa dicamkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi proses bedah siasat dan operasi mencari dan menyelamat sudah dihentikan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan lima yang lain datang ke pantai berkenaan untuk beriadah dan bermandi-manda di kawasan berhampiran.


Katanya, mereka yang terbabit dalam insiden itu mendapat izin daripada ahli keluarga dan ketika kejadian, cuaca mendung dan air tenang, namun dipercayai sedang mulai surut.

Dalam kejadian itu, Nurish Qhalisya Suhailizam, 13, disahkan lemas manakala dua beradik, Mohd Asyraf Syazwan Mohd Fairuz, 7, dan Nur Azrin Syazwani, 13, dilaporkan kritikal dan kini di bawah pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKT.

Turut terbabit, Siti Alesya Qistina Mustafa, Siti Nur Alysya Abdullah dan Nur Zurin Hafeeza Mohd Azhari yang semuanya berusia 13 tahun dilaporkan selamat.

Pada masa sama, Hussin menasihatkan orang ramai yang hadir ke kawasan rekreasi khususnya kawasan pantai supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan ahli keluarga agar musibah seperti ini tidak berulang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori