Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PDRM, MCMC Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan...

Siapakah Punca Persengketaan Agama?

KUALA LUMPUR - "Persoalannya siapakah yang sebelum ini membuat dakwaan dusta tentang layanan...

Ketibaan Jemaah Di Lapangan...

JEDDAH - Tempoh masa bagi memproses ketibaan jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa King...

Warga Emas Pandu Kereta...

DUA orang lelaki warga emas dirakam memandu kereta laga atau 'bumper car' di...

Ular Sawa 80kg Kenyang Telan Kambing

KULAI – Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di dalam kandang di Felda Inas di sini pada Rabu berjaya ditangkap anggota bomba.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kehadiran reptilia sepanjang enam meter dan seberat 80 kilogram (kg) ditemui pemilik kambing di dalam kandang tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Fidaus Juritah berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 7.21 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia itu berada di dalam kandang kambing tersebut.


Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut.

“Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada penempatan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori