Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tak Cukup Jual Kosmetik,...

PENGUSAHA produk kecantikan, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri...

Malaysia Kini Jauh Ketinggalan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menegaskan Malaysia kini...

Agong Berangkat Ke Munaqasyah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Jambatan Seri Ehsan Permudahkan...

PUTRAJAYA - Jambatan Seri Ehsan yang menghubungkan Presint 4 dan Presint 19 di...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal terhadap imunisasi dinamakan BF.7, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Digelar sebagai ‘benih Omicron’, pakar-pakar memberi amaran varian baharu itu merebak dengan pantas dan boleh menjadi dominan dalam masa beberapa minggu lagi.

Di Eropah, Belgium menyaksikan sebahagian besar jangkitan dengan BF.7 membentuk 25 peratus daripada kes Omicron yang dilaporkan.

Ia diikuti oleh Jerman dan Perancis masing-masing sebanyak 10 peratus, demikian menurut pusat data Covid-19 yang dikemas kini setiap hari oleh penyumbang dari universiti di Britain dan Australia.


Naib Pengerusi Perubatan bahagian integriti data dan analisis Jabatan Perubatan Universiti Johns Hopkins, Dr Stuart Ray memberitahu, sub-varian itu mempunyai perubahan dalam protein ‘spike’.

“BF.7 juga mempunyai perubahan dalam jujukan nukleotida yang boleh menyebabkan ia berkelakuan berbeza daripada sub-varian lain. Namun, sejauh mana ia akan bermutasi adalah persoalan yang masih menjadi tanda tanya,” jelas Ray.

Oleh kerana varian BF.7 baharu adalah serupa dengan Omicron, tanda amaran awal jangkitan adalah lebih kurang serupa iaitu batuk, sakit tekak, keletihan melampau dan hidung tersumbat.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori