Kuala Lumpur : Wanita warga emas cedera selepas kediamannya di Jalan Maarof, Bangsar, di sini, dipecah masuk perompak semalam.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Ketua Polis Daerah Brickfields , Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan polis berkaitan kes pecah rumah semalam.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan seorang penghuni kediaman terbabit mengalami kecederaan.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-Harian Metro