GOPENG: Sekurang-kurangnya 30 individu terdiri kru pengambaran filem terkandas dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah, Gopeng di sini hari ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Difahamkan, hujan berterusan sejak pukul 3 petang menyebabkan laluan keluar gua berkenaan dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4 petang.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, kesemua mereka sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan berkenaan.
“Kejadian berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang.
“Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat,” katanya.
UtusanOnline-