PETALING JAYA: Sebanyak empat pemimpin daripada Parti Amanah Negara (Amanah) digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Empat pemimpin tersebut adalah penyandang kerusi Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; Temerloh, Datuk Mohd. Anuar Mohd. Tahir; Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom.
Pengganti pemimpin-pemimpin tersebut adalah Raj Munni Aiman Athirah (Sepang), Mohd Hasbie Muda (Temerloh), Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat) dan Muhammad Faiz Fadzil (Tampin).
Dalam perkembangan lain, Amanah mengumumkan 54 kerusi dan Presidennya, Mohamad Sabu kekal bertanding di Parlimen Kota Raja untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof masing-masing kekal bertanding di kerusi disandang mereka iaitu Parlimen Pulai serta Parit Buntar.
Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berpindah ke Titiwangsa dan digantikan dengan Azli Yusof.
UtusanOnline-