Friday, December 20, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Rentung Dalam...

KOTA MARUDU - Seorang warga emas berumur 69 tahun rentung selepas rumah kayunya...

Rompak Pelancong: Pembuat Kusyen...

KUALA LUMPUR - "Bayangkan trauma yang dialami mangsa yang datang untuk bergembira di...

VIDEO: Cool.. Guru Matematik...

VIDEO seorang guru mata pelajaran matematik membuat kejutan 'April Fool' di dalam kelasnya telah...

Foto Anak Harith Iskander...

PENGACARA dan pelawak Harith Iskander kini sudah boleh menarik nafas lega selepas gambar...

40 Selisih Maut, Bas Rombongan Terbabas Ke Semak

GUA MUSANG: Seramai 40 penumpang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang terbabas di Kilometer (km) 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian jam 6.15 pagi, bas berkenaan dalam perjalanan dari Zoo Negara, Kuala Lumpur untuk pulang ke Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata bas terbabit membawa 10 guru dan 30 murid sebuah sekolah di Pasir Puteh.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas berkenaan tidak berfungsi dan menyebabkan pemandu gagal mengawal sebelum terbabas ke semak ladang kelapa sawit.


“Semua penumpang hanya cedera ringan. Semua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori