Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cef Selebriti Dibelasah 3...

STOCKHOLM - Seorang cef dan juga selebriti terkenal Sweden, Anders Vendel, teruk dibelasah...

Premium Insurans Pesawah Dijangka...

PASIR SALAK - Premium insurans pesawah padi yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi...

3 Menteri Malaysia Hadiri...

SINGAPURA - Tiga menteri kabinet Malaysia akan menghadiri upacara pengebumian negara bekas Presiden...

Hasrat Faiz Swafoto Bersama...

IMPIAN pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd. Faiz Subri...

Agong Lawat Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang di sini pada Khamis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sembah taklimat secara tertutup atas titah Seri Paduka itu bagi mengetahui kesiapsiagaan agensi terlibat untuk menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 yang dijangka bermula pertengahan November depan dan berakhir pada Mac 2023.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10.25 pagi disambut Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh dan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.


Sembah taklimat itu dijadualkan bermula dengan keadaan cuaca dan persiapan banjir daripada JPS serta MetMalaysia seterusnya berhubung situasi terkini Covid-19 dan kesediaan Kementerian Kesihatan menghadapi banjir oleh Khairy Jamaluddin.

Selepas sesi tersebut, Al-Sultan Abdullah dijadual melawat Pusat Kawalan PRABN di sini.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori