Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PDRM Diundi Bertemu JDT...

KUALA LUMPUR - Pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diundi bertemu juara...

1MDB: Hakim Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada...

Viral Tonton Bola Ketika...

AL-KISAH seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Zaid Rasul baru-baru ini menjadi sensasi di...

Kartel Projek RM3.8 Bilion:...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas seorang pegawai kanan sebuah agensi...

Agong, Raja Permaisuri Adakan Lawatan Khas Ke London

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke London bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam rangka lawatan khas itu, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham pada 12 Oktober.

Beliau berkata, keberangkatan Seri Paduka berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Al-Sultan Abdullah dengan Raja Charles.

“Kunjungan hormat ini juga mencerminkan hubungan dua hala yang rapat di antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan Malaysia 65 tahun lepas,” menurut Ahmad Fadil dalam kenyataan pada Ahad.

Pada hari sama (12 Oktober), Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Stesen Janakuasa Battersea, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London.


Stesen janakuasa berkeluasan 16.99 hektar itu adalah projek hartanah membabitkan usaha sama Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad sejak 2012 dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM51.53 bilion.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri dijadualkan mengakhiri lawatan khas itu dan berangkat pulang ke tanah air pada 16 Oktober.

Dari segi hubungan dua hala, United Kingdom merupakan rakan dagang ke-18 terbesar Malaysia pada 2021 dengan jumlah dagangan direkodkan antara kedua-dua negara sebanyak RM17.17 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding 2020.

Nilai eksport Malaysia ke United Kingdom pada tahun lepas juga telah direkodkan sebanyak RM9.78 bilion manakala nilai import dari United Kingdom ialah RM7.39 bilion.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori