Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Neelofa ‘Belanja’ Lurah...

DRAMA bersiri Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) lakonan Neelofa dan Fattah Amin kini...

Mahathir Jumpa Kit Siang...

NEGARAWAN Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang yang percaya bahawa tidak ada musuh atau...

F1: GP Korea Digugurkan...

SEOUL - Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Korea yang diselubungi masalah kewangan...

Russia Henti Salur Bekalan...

BRUSSELS, BELGIUM – Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran gas kepada...

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mulai perlahan setakat 8.30 pagi tadi berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan aliran trafik perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

“Trafik turut perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sebelum Terowong Genting Sempah menghala ke arah timur,” menurut LLM.

LLM memaklumkan terdapat kemalangan berlaku kira-kira 7.45 pagi tadi di KM155.8 arah selatan dari Bukit Gambir ke Pagoh dan kerja pengalihan sedang dilakukan dengan lorong kiri ditutup menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer.


Trafik turut perlahan dari Rawang Selatan ke Rawang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah dan Tapah ke Gopeng.

Di Lembah Klang, LLM memaklumkan aliran trafik masih lancar di kebanyakan lebuh raya bertol termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan sekitar Plaza Tol Sungai Besi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori