Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata dia tiada masalah untuk bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Bagaimanapun, katanya, perbincangan hendaklah menjurus kepada isu-isu yang diperjuangkan gabungan utama pembangkang itu.
“Tak ada masalah, boleh jumpa boleh bincang.
“Tetapi selalu saya tekankan, yang penting, mengapa kita nak lawan BN, PN.
“(Kerana) dasarnya, (kita) tolak rasuah, soal tata kelola baik, tolak perkauman yang melampau. Kalau isu isu itu saya tiada masalah,” katanya.
Pertemuan bersejarah dua seteru lama di mahkamah sebelum PRU14
Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas acara sempena ketibaan Deepavali di Klang sebentar tadi.
Mahathir hari ini dilihat sekali lagi menghulurkan tangan perdamaian kepada Anwar, kira-kira sebulan menjelang pilihan raya umum pada 19 November.
Dalam video yang dikeluarkan hari ini, bekas perdana menteri dua kali itu berkata dia sedia bertemu dengan Anwar dan bersedia mengorak langkah ke arah itu.
Tidak kisah dianggap menjilat ludah, Mahathir berkata dia sedia melakukan perkara itu bagi menyelamatkan Malaysia, seperti yang dirintisnya pada 2018 untuk menjatuhkan Najib Razak.
Anwar dan Mahathir terkenal dengan hubungan mereka yang penuh warna-warni termasuk beberapa kali menjadi kawan dan lawan.
Kejatuhan kerajaan PH melalui pembelotan Bersatu serta sekumpulan ahli parlimen PKR kembali mengeruhkan hubungan mereka dengan kebanyakan penyokong Anwar meletakkan kesalahan di bahu Mahathir.
Mahathir dan penyokongnya pula menuding kepada Anwar atas kejatuhan kerajaan PH.
Pembangkang kini terpecah ketika tiga blok iaitu PH dan dua gabungan parti-parti Melayu iaitu
Gabungan Tanah Air (GTA) pimpinan Mahathir dan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin Yassin.
-Malaysia Kini