Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penajaan Bola Sepak Bukan...

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Gabungan 25 NGO Bantah...

SHAH ALAM - Gabungan 25 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini memohon...

Penjenamaan Tingkat Nilai Kebaya...

KUALA LUMPUR - Pertandingan Miss Malaysia Kebaya (MMK) membuka peluang kepada penjenamaan semula...

APM Berpengalaman Bawa Mangsa Banjir Mengundi

MELAKA : Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkemampuan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa pengundi ke pusat mengundi, jika banjir melanda semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Dr. Norhafifi Ismail berkata, pihaknya mempunyai pengalaman dan kepakaran berhubung perkara itu memandangkan pada PRU14, turut berlaku bah di beberapa negeri.

Katanya, tiada halangan melaksanakan tugas berkenaan kerana APM bersedia menggerakkan semua aset terutama bot dan keanggotaan penuh.

“Jika PRU15 berlaku sewaktu banjir, kami bersedia menggerakkan semua aset yang ada dan jika tidak jadi, kita memberi fokus kepada membantu mangsa banjir sepenuhnya.

“Ini bukan kali pertama membantu SPR kerana sewaktu PRU14 lalu, kami pernah terlibat membantu mengangkut mangsa banjir menunaikan tanggungjawab mereka walaupun pada masa yang sama negara menghadapi banjir.

“Keutamaan kita adalah membawa pengundi orang kurang upaya (OKU) dan warga emas termasuk mereka yang tiada kenderaan untuk ke tempat mengundi,” katanya selepas Majlis Perjumpaan, Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Watikah Pegawai Bersekutu APM di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh di sini, hari ini.


Norhafifi berkata, koordinasi daripada semua agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia memudahkan lagi tugas APM.

Beliau berkata, bagi menghadapi fenomena fasa peralihan Monsun Timur Laut pertengahan November ini, semua aset APM berada dalam kesiapsiagaan khususnya di kawasan berisiko berlakunya banjir besar.

“Persiapan APM termasuk menyediakan 10,520 keanggotaan, logistik darat (481 unit), logistik air termasuk bot pelbagai saiz dan jenis (759 unit), jaket keselamatan (5,772 unit), khemah (64,310 unit) dan genset (144 unit).

“Sebanyak 6,010 pusat pemindahan sementara (PPS) diwartakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia digunakan termasuk kemudahan seperti bekalan elektrik, air, tandas dan faktor kebersihan,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori