Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KPN Sah 19 Pengganas...

KUALA LUMPUR - Seramai 19 suspek pengganas berjaya ditahan di empat buah negeri...

Jho Low Buat Laman...

KUALA LUMPUR - Peguam bela Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho...

DAP Jadi Sasaran Kecaman...

KUALA LUMPUR - Beberapa perwakilan PAS mengambil kesempatan dalam ucapan mereka pada Muktamar...

Video Lawak! Pemain Bola...

SELAIN kelicikan dan ketangkasan di atas padang, rata-rata pemain bola sepak di era...

AS Dakwa Lima Pengintip China

WASHINGTON – Jabatan Kehakiman mengumumkan pertuduhan terhadap enam warga China kelmarin, termasuk lima individu yang didakwa menjadi pengintip Beijing untuk merekrut rakyat Amerika Syarikat (AS) sebagai tali barut dan menjejaskan pendakwaan ke atas sebuah syarikat gergasi China, lapor stesen penyiaran CNN.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat telekomunikasi terbabit berdepan pendakwaan di Brooklyn, New York. Meskipun tidak menyatakan nama syarikat itu, sumber dalaman mengesahkan ia adalah firma Huawei.

Peguam Negara, Merrick Garland berkata, pengumuman itu menggambarkan peningkatan usaha Jabatan Kehakiman dalam membanteras pengintip China yang cuba menjejaskan kepentingan kerajaan AS.

“Seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, China berusaha untuk mengganggu kebebasan dan hak individu di AS serta melemahkan sistem kehakiman kita yang melindungi hak tersebut.

“Mereka (China) gagal me­lakukannya,” kata Garland pada satu sidang akhbar kelmarin.


Dua individu yang didakwa menjadi pengintip China, Gouchun He and Zheng Wang dituduh mengganggu pendakwaan persekutuan terhadap Huawei. Kedua-dua mereka bagaimanapun masih belum ditangkap.

Mereka didakwa menjalinkan hubungan dengan pegawai penguat kuasa undang-undang yang terlibat dalam kes tersebut bermula dari tahun 2017.

He dan Wang percaya bahawa mereka telah merekrut pegawai berkenaan untuk menjadi aset China, demikian menurut kertas pertuduhan. Namun pegawai itu dikatakan bertindak sebagai ejen dua muka di bawah pengawasan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan setia kepada AS.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori