Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bertanya sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob masih memiliki sokongan 12 menteri dari Perikatan Nasional (PN).
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Ia selepas mereka menghantar surat kepada Istana Negara bagi meminta Yang di-Pertuan Agong agar tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehinggalah musim banjir berakhir.
Asyraf berkata, dia membangkitkan persoalan itu kerana hanya perdana menteri yng ada hak untuk menasihati Agong agar Parlimen dibubarkan.
“Jika menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang perdana menteri yang sudah hilang kepercayaan majoriti, dia boleh menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen atau letak jawatan.
“Saya yakin perdana menteri lebih bijaksana untuk membuat keputusan yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Dia juga bertanya pandangan pakar Perlembagaan berhubung perkara itu.
Ismail Sabri masih di bawah tekanan dari partinya sendiri untuk membawa pembubaran Parlimen kepada Agong.
Ia walaupun dengan nasihat Jabatan Meteorologi agar PRU15 tidak diadakan segera ekoran risiko banjir.
Penggal Parlimen hanya akan tamat Julai tahun depan.
-Malaysia Kini