Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Mana Duit Raya Peneroka...

1. Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan setakat ini tidak memberikan keputusan muktamad berhubung pemberian...

KPKT Jalankan Pendiddikan Awam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang giat...

589 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga angka iaitu...

Ke Taiwan Dengan Hati...

MENYEBUT mengenai Taiwan, perkara pertama yang akan melalui benak pemikiran orang Islam ialah...

Baling Bah Lagi, 4 Mukim Ditenggelami Air

BALING : Daerah ini sekali lagi dilanda banjir apabila empat mukim ditenggelami air, awal pagi tadi, sehingga menjejaskan 81 keluarga di 14 perkampungan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata mukim terbabit ialah Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang.

Katanya, hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang berdekatan.

Beliau berkata, antara kawasan terbabit ialah Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling.

“Seterusnya, Kampung Tok Weng dan Tok Mat Ali di Mukim Pulai, manakala di Mukim Siong pula Kampung Siput dan Memali.

“Turut dinaiki air ialah Kampung Padang Empang, Dusun dan Iboi di Mukim Kupang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, setakat ini.

Mohd Faizol berkata, anggota menerima laporan banjir kilat kira-kira jam 6 pagi lalu bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa dan membuat tinjauan sama ada terdapat penduduk terperangkap.

“Ada rumah mangsa dinaiki air mencecah paras 0.5 meter sehingga menyebabkan pelbagai barang turut ditenggelami banjir,” katanya.

Beliau berkata, anggota turut dikerah melakukan pemantauan di semua kawasan yang sering dilanda banjir.

“Air Sungai Ketil juga berada pada paras berjaga-jaga, dan penduduk yang tinggal berdekatan tebing diarah berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori