Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

‘Always’ Buah Tangan Terkini...

PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho baru-baru ini melancarkan single terbaharunya berjudul...

Amaran Ribut Petir, Angin...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat...

Ahli Perniagaan China Bayar...

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Asingkan Waktu Operasi Ikut...

BORDEAUX: Seorang pemilik kedai Muslim didenda 500 euro (sekitar RM2,210) kerana menetapkan waktu...

Bersatu Tolak Kerjasama PH: Muhyiddin

Kuala Lumpur : Bersatu tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu juga mengambil maklum keputusan Majlis Presiden PH untuk tidak mengadakan kerjasama bersama parti itu.

“Berhubung laporan mengenai kerjasama Bersatu dan PH, Bersatu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi PRU-15.


“Bersatu akan menumpukan kepada usaha untuk memperkukuh Perikatan Nasional (PN) bersama Pas, Gerakan, SAPP dan STAR Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini yang berhasrat menawarkan kepimpinan bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, selaras demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru pada PRU-15 membabitkan PN, Barisan Nasional (BN), PH dan parti politik lain yang bertanding.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori