Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

HPPNK 2017 Sasar Jualan...

SERDANG - Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang bakal...

Pandelela Terima Habuan Bernilai...

KUCHING - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menerima habuan berjumlah RM1.3 juta daripada...

Adam Dan Noah, Nama...

DIKENALI dengan gelaran angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya,...

Malaysia, Indonesia Setuju Gunakan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden...

Budak `Ajaib’ Terselamat Serangan Pusat Asuhan Thailand

BANGKOK : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terselamat dalam insiden tembakan dan serangan pisau di pusat asuhan di Thailand, selepas didapati tidur dengan berselimut menutupi seluruh badannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika kejadian, Nong Am berada di dalam bilik tidur bersama kanak-kanak lain sebelum bekas anggota polis, Panya Khamrab melepaskan tembakan yang mengorbankan 37 individu dalam salah satu serangan menggemparkan seluruh dunia.

“Pada ketika itu, Nong Am sedang nyenyak tidur dengan berselimut menutupi kepalanya sebelum lelaki tersebut menceroboh masuk bilik tidur pusat asuhan kanak-kanak.

“Kanak-kanak lain pula menjadi panik dan dibunuh secara kejam. Penyerang itu nampaknya tidak menyedari Nong Am sedang tidur.

“Budak perempuan itu terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam insiden pembunuhan beramai-ramai itu,” jelas laporan.

Kisah Nong Am muncul ketika beberapa gambar mangsa dikeluarkan termasuk imej menyayat hati pasangan kembar kanak-kanak dan seorang guru hamil lapan bulan yang terbunuh dalam kejadian itu.


Beberapa gambar lain yang tular dalam media sosial menunjukkan kanak-kanak sedang bermain di pusat asuhan itu, beberapa bulan sebelum menjadi sasaran serangan.

Sementara itu, bapa saudara kepada Nong Am, Wutthichai Baothong mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pusat asuhan kerana melindungi anak buahnya.

Baothong berkata, Nong Am merupakan satu-satunya kanak-kanak di dalam kelas tersebut yang terselamat dalam kejadian amukan paling dahsyat sejarah negara itu.

“Ia adalah keajaiban dari Tuhan yang menyelamatkan nyawa anak buah saya. Daripada 30 mangsa, hanya dia seorang yang terselamat,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori