Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Trump Ugut Mahu Kenakan...

FARGO, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Donald Trump kelmarin mengancam akan mengenakan...

Jumlah Mangsa Banjir Bertambah...

MIRI - Jumlah mangsa banjir di Sarawak bertambah dari 5,084 orang melibatkan 769...

Polis Rampas Kereta Rasmi...

PETALING JAYA - Polis merampas kereta rasmi ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee...

MyDigital ID Bukan Sistem...

PUTRAJAYA : Sistem pengenalan diri dalam talian atau MyDigital ID yang digunakan kerajaan...

Charles Santiago Turut Cabar Kuasa Agong – Ismail Sabri

BERA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Charles Santiago memfailkan saman terhadapnya turut mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi perkenan membubarkan Parlimen.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kuasa Seri Paduka termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan bagi memperkenan permintaan Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen Ke-14.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara penuh bagi membubarkan Parlimen yang tidak boleh dipersoal selepas mendapat permintaan daripada Perdana Menteri.

“Dia (Charles Santiago) gunakan perkara 40 (1) dan saya gunakan perkara 40 (2) (b) yang mana Perdana Menteri boleh membuat permintaan dan menasihati Agong dan Baginda boleh perkenan atau tidak yang dibaca bersama Perkara 40 (2) (b) Perkara 55 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atau menangguh sidang.

“Ya lah dia (Charles Santiago) tidak setuju dan cuba cabar tetapi saya percaya Charles Santiago bukan sahaja mencabar saya yang meminta membubarkan Parlimen tetapi mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Konvensyen Bera, di sini hari ini.


Baru-baru ini, Charles Santiago yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Klang mengemukakan saman pemula berhubung pembubaran Parlimen yang diumum Perdana Menteri, 10 Oktober lalu.

Susulan itu, Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memfailkan permohonan membatalkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh dalam soal pembubaran Parlimen yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.

Bagaimanapun katanya, Seri Paduka tidak boleh bertindak sendirian untuk membubarkan Parlimen yang perlu mendapat permintaan Perdana Menteri.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori