Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nothing To Hide 2:...

KUALA LUMPUR - PAS memandang serius kekecohan yang berlaku semasa program Nothing to...

Wanita Arab Saudi Tunjuk...

WANITA Arab Saudi mula banjiri Institut Kemahiran Motosikal yang dimiliki secara persendirian untuk...

Dhabitah Tak Patah Semangat...

KUALA LUMPUR — Prestasi hambar di Kejohanan Terjun Siri Dunia pada musim ini...

Taufan Damrey: Vietnam Terima...

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa mengarahkan bantuan bernilai US$5 juta...

Cikgu Fadli Enggan ‘Orang Luar’ Masuk Campur

PETALING JAYA – Cikgu Fadli enggan membiarkan penyanyi rap, Caprice masuk campur dalam isu yang berbangkit antara dirinya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Melalui komen di Facebook milik beliau, Cikgu Fadli meninggalkan komen ‘dia nak masuk bang, tapi saya tak layan’.

Isu hangat antara seorang guru iaitu Mohd Fadli Mohamed Salleh atau dikenali dengan panggilan Cikgu Fadli bersama KPM yang bertebaran di media sosial telah mendapat perhatian ramai netizen termasuklah penyanyi rap, Caprice.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata netizen tidak mahu penyanyi rapper itu masuk campur dalam hal berkenaan dan sebaiknya diserahkan kepada pihak yang terlibat sahaja tanpa ada campur tangan orang yang tidak berkenaan.

“Harapnya Kepris janganlah masuk campur pulak urusan Cikgu Mohd Fadli Salleh ya,” tulis serorang netizen.


“Lagi teruk Topi Nasi ni dari anak Pak Syed, semua benda Topi Nasi nak tunggang jadi isu. Dahaga perhatian sebab dah sendu atau nak kekal relevan punya pasal,” komen seorang lagi netizen.

“Adui la Mat Tempel ni, setiap isu ada je dia nak menempel. #MatTempel,” komen netizen yang lainnya.

“Aku syak Caprice ni kempunan nak jadi journalist (jurnalis) la dulu. Semua benda dia nak ulas,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Cikgu Fadli membuat pendedahan bahawa dirinya bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori