Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Teguran Bekas Dai Milenia...

MASIH lagi berkisar tentang isu kecoh tudung Fareeda yang viral menerusi laman sosial...

600 Anggota Polis Siap...

SUNGAI BAKAP - Seramai 600 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan...

Politik Wang: JPP PKR...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR diminta menyiasat dakwaan calon timbalan...

PKR Pulau Pinang Mahu...

BUTTERWORTH - Sejumlah anggota PKR di Pulau Pinang mendesak parti itu memberi penjelasan...

Cikgu Fadli Kongsi Keputusan Lembaga Tatatertib Malam Ini

Kuala Lumpur : Keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan terhadap guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh yang mengetengahkan masalah pendidikan di Malaysia khususnya silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan isu beg berat melalui media sosial, akan dikongsikan guru berkenaan di media sosial pada malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia disahkan beliau menerusi paparan terbarunya di Facebook (FB) hari ini yang menggunakan akaun Cikgu Fadli Salleh.

“Keputusan meeting (mesyuarat) Lembaga Tatatertib dah keluar.

“Malam ni saya share (kongsi). Debor macam tunggu result (keputusan) pilihan raya pula,” katanya menerusi paparan terbaru di FB sebentar tadi.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata, keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan terhadap guru berkenaan akan diketahui hari ini.

“Keputusan itu akan diserahkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan kepada ketua jabatan guru matematik berkenaan.


“Saya baru dimaklumkan persidangan atau mesyuarat Lembaga Tatatertib baru sahaja tamat sebentar tadi (semalam) dan Insya Allah esok pihak urus setia berkenaan akan sampaikan keputusan berkenaan melalui ketua jabatannya,” katanya dipetik.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dilaporkan berkata, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan oleh Mohd Fadli pada Jumaat lalu.

Pkharuddin memaklumkan, surat yang diterima Mohd Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat, kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Beliau dalam hantaran FBnya menyatakan, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori