Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengharaman Komik Kontroversi ‘Superman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi mengekalkan pengharaman buku komik kontroversial 'Inisiatif Jalur dan...

Mekanisme Kawalan Harga Ubat...

IPOH - Mekanisme pengawalan harga ubat dalam pasaran dijangka diumumkan bulan hadapan, kata...

Plat SYG 8055 Tarik...

PUTRAJAYA - Plat kenderaan SYG 8055 telah berjaya menarik 25 pembida di seluruh...

Najib Gesa KWSP Perluas...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kepada...

Cuepacs: Inisiatif Pada Penjawat Awam Perlu Diteruskan Walau Tukar K’jaan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap inisiatif yang diumumkan kerajaan menerusi Bajet 2023 akan dapat dilaksanakan tepat pada masanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Adnan Mat berkata, inisiatif berkenaan juga wajar diteruskan meskipun berlaku perubahan dalam kerajaan pada masa akan datang.

“Segala inisiatif yang baik ini wajar diteruskan oleh kerajaan yang baru dan tidak perlu dibatalkan sebaliknya ditambah dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Adnan berkata inisiatif tersebut antara tambahan yang diumumkan untuk penjawat awam selain daripada perkara yang telah dimaklumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-18 pada 30 Ogos lalu.

“Cuepacs berharap kerajaan dapat menyalurkan segala inisiatif yang diumumkan melalui Mappa dan Bajet 2023 mengikut tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan serta proses birokrasi.

“Cuepacs tidak mahu inisiatif yang diumumkan ini lewat, tidak dilaksanakan atau ditetapkan mengikut jumlah peruntukan yang tertentu,” katanya.

Menurutnya, antara inisiatif itu penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50 peratus atau maksimum 90 hari berbanding 80 hari sebelum ini dan bayaran bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM600 yang akan dibayar pada Mac 2023.


Dia juga melahirkan rasa kesal berhubung penebusan awal GCR, di mana peruntukan setiap kementerian dan jabatan bagi menebus GCR 80 hari pada tahun ini didapati tidak mencukupi dan telah habis digunakan sehingga banyak permohonan daripada penjawat awam tidak dapat ditunaikan.

“Situasi ini sudah tentu memberi kekecewaan kepada warga perkhidmatan awam yang sudah dijanjikan dengan inisiatif tersebut tetapi tidak dapat menerimanya,” katanya.

Dalam pada itu Adnan memberi jaminan seluruh penjawat awam akan meletakkan keutamaan bagi menjayakan Bajet 2023.

Dia berkata bajet yang dibentangkan bukan hanya untuk penjawat awam, tetapi memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

“Dalam hal ini, penjawat awam mempunyai tugas paling berat dalam memastikan dasar dan rangka tindakan belanjawan berjaya dilaksanakan,” ujarnya.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz semalam membentangkan Bajet 2023 di Parlimen, yang disifatkan sebagai bajet terbesar pernah dibentangkan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori