Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Setpol Bekas Menteri Direman...

PUTRAJAYA - Seorang bekas setiausaha politik (Setpol) kepada bekas menteri direman enam hari...

Angka Korban Covid-19 Di...

BEIJING - Angka korban akibat COVID-19 di China meningkat kepada 2,005 orang, kata Suruhanjaya...

Video Ke-2 Dedah ADUN...

GEORGE TOWN - Dakwaan berhubung isu kontroversi bayaran tunai untuk mendapatkan rumah melibatkan...

Saudi Larang Cenderamata Gambar...

TEGAS... Kementerian Perniagaan dan Pelaburan Arab Saudi meneruskan kempen larang jualan cenderamata Kaabah,...

Dana Khas RM200,000 Kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia

BERA : Dana khas RM200,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia dan RM100,000 kepada Persatuan Bekas Polis Pahang, sebagai menghargai jasa pesara pasukan keselamatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu juga bertujuan memastikan kebajikan pesara polis yang membantu menjaga keselamatan negara sepanjang perkhidmatan mereka, terus terjaga dan dibela.

“Apabila cakap soal pesara, mereka (pesara) selalu nak dengar pengumuman kerajaan khusus untuk pesara, tetapi kerajaan sebenarnya telah umum pelbagai pinjaman perniagaan, (misalnya) TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) yang diperuntukkan sejumlah besar, meliputi semua termasuk pesara.


“Jadi sebenarnya banyak program diumumkan kerajaan di bawah latihan Perkeso, HRD Corp yang tak sebut secara terperinci kepada pesara, namun jelas bahawa pesara memang tidak dipinggirkan,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang kali ke-42 di sini hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan pengecualian cukai kepada individu dan badan korporat yang memberi dana kepada persatuan atau badan yang tidak membuat keuntungan seperti Persatuan Bekas Polis Malaysia.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori