Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

JR Plus Beri Kegerunan...

KUALA LUMPUR - Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk...

PPD Diarah Buat Penilaian...

KOTA MARUDU : Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan yang terbabit dengan banjir...

Malaysia Terima Pesawat Airbus...

KUALA LUMPUR - Airbus Defence and Space secara rasmi menyerahkan pesawat pengangkutan tentera...

Esscom Tahan 14 PATI...

LAHAD DATU - Empat belas pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi...

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia digodam antara Mei dan Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penggodaman itu dilaporkan berpotensi mendedahkan maklumat peribadi tetamu yang pernah bermalam di hotel berkenaan di Hong Kong, Chiang Mai, Taipei dan Tokyo.

Satu e-mel memaklumkan kepada tetamu yang terjejas akibat penggodaman itu dihantar semalam oleh naib presiden kanan operasi dan proses transformasi kumpulan itu, Brian Yu.

“Satu ancaman canggih berjaya melepasi sistem pemantauan keselamatan teknologi maklumat (IT) Shangri-La tanpa dikesan dan mengakses secara haram pangkalan data tetamu.

“Setakat ini, tidak dapat dipastikan apa data yang dicuri walaupun baru-baru ini ada kegiatan tidak dibenarkan dikesan dalam rangkaian IT hotel,” katanya.

Siasatan menunjukkan bahawa godaman berlaku antara Mei dan Julai lalu, ketika Dialog Shangri-La iaitu mesyuarat keselamatan tertinggi Asia, kembali ke Singapura selepas dibatalkan selama dua tahun akibat wabak COVID-19.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin dan rakan sejawatnya dari China, Jeneral Wei Fenghe, adalah antara yang menyertai dialog berkenaan, namun tidak dapat dipastikan berapa ramai yang menghadirinya.

Acara itu berlangsung di hotel Shangri-La di sepanjang Orange Grove Road dekat Orchard Road antara 10 dan 12 Jun.

Dalam satu e-mel yang dihantar kepada tetamu yang terjejas, Brian mengesahkan bahawa sesetengah fail data dicuri dari pangkalan data yang digodam.


“Meskipun kami tidak dapat sahkan kandungan dalam fail data itu, ia mungkin mengandungi data tetamu.

“Bagaimanapun, pangkalan data itu hanya mengandungi maklumat untuk menghubungi pelanggan manakala data peribadi seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan pasport serta butiran kad kredit adalah disulitkan.

“Data berkaitan Dialog Shangri-La pula disimpan dalam pelayan berlainan dan tidak terjejas akibat penggodaman yang berlaku,” katanya.

Ditanya sekiranya Dialog Shangri-La menjadi sasaran khusus, seorang jurucakap hotel itu berkata tiada bukti yang menunjukkan bahawa sebarang hotel atau acara tertentu disasarkan.

Malah, tambah beliau, tiada tanda menunjukkan data pelanggan disalah guna dan pihak berkuasa sudah memberi amaran kepada semua pelanggan yang mungkin terjejas.

“Sebagai dasar, kami tidak akan dedahkan maklumat mengenai tetamu kami,” katanya lagi.

Akhbar Straits Times Singapura, yang memetik jurucakap Institut Antarabangsa Pengajian Strategik yang menganjurkan dialog berkenaan, melaporkan acar itu tidak terjejas akibat penggodaman yang berlaku.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori