Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Obama Pemimpin Paling Popular...

LONDON - Presiden Amerika Syarkat (AS), Barack Obama terpilih sebagai pemimpin paling popular...

Rindu Berniaga, Waris Jual...

PENYANYI Waris mengakui dia dan rakannya bersama-sama berniaga air di bazar Ramadan yang...

Keutamaan Integriti Tidak Kira...

PUTRAJAYA - Soal integriti perlu diberi keutamaan tidak kira sama ada kakitangan bawahan,...

Video: Cair Hati Tengok...

DEK kerana kecomelan baby dalam video ini, rugi kalau kami tidak kongsikan kepada...

Dr M: GTA Bimbang Hilang Undi Melayu Jika Bersama PH

Gerakan Tanah Air (GTA) enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana bimbang hilang undi Melayu, yang disasarkannya pada PRU15 akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad mengakui GTA berisiko tidak dapat meraih sokongan pengundi Melayu jika ia memilih untuk bekerjasama dengan PH, kerana orang Melayu tidak menyukai DAP, ahli komponen blok pembangkang.

“Parti PH ini, masalahnya ialah orang Melayu kebanyakan tak suka dengan DAP, jadi kita kerjasama dengan PH, mungkin kita hilang undi Melayu,” katanya memberitahu sidang media di Putrajaya hari ini selepas bertemu akar umbi GTA.

Mengulangi pendirian GTA, Dr Mahathir berkata undi untuk Umno adalah undi untuk menjual negara.


“Ya, kita bermusuh dengan Umno, kerana Umno kalau menang rosak habis negara.

“Kita dah tau latar belakan Umno ini, masa mereka jadi kerajaan di bawah Najib (Razak) dan (Ahmad) Zahid (Hamidi) yang rosak Umno, rosak negara, rosak duit rakyat dan sebagainya,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori