Rakyat perlu berwaspada dengan ‘drama’ yang direka oleh lawan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU-15.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Kelicikan lawan BN bermain ‘drama’ untuk memperdaya fikiran rakyat memang hebat.
Tentunya semua masih ingat ‘drama air mata’ Tun M. Lakonannya sangat berkesan. BN pula tak pandai berlakon.
Lakonan beberapa makcik menangis semasa ditemuramah sangat ‘out’. Dramanya amat tidak menjadi.
BN melakukan kesilapan cuba menyaingi ‘drama’ PH kerana BN sememangnya tiada bakat berlakon.
Semalam di Muar, Johor mungkin ada ‘drama’ baru oleh PH. Sekumpulan lelaki tiba-tiba menganggu ceramah PH.
Maka bertempiklah pemimpin PH di pentas ceramah itu lihatlah ini orang-orang BN.
Sedangkan tiada siapa mengetahui dari mana mereka datang dan siapa yang suruh mereka datang.
Jika benar itu ‘drama PRU-15’, ia bukan yang terakhir kerana banyak lagi ‘drama’ akan dipertontonkan.
Rakyat yang akan mengundi harus bijaksana. Harus arif menilai antara propaganda dan realiti.
Pernah dipatuk pada PRU-14, apakah mahu dipatuk sekali lagi. Jangan hancurkan masa depan negara.
-Mynewshub