Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hampir 30 Peratus Ibu...

Kuala Lumpur : Hampir 30 peratus kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) belum dituntut oleh...

Malaysia-Singapura Runding Semak Harga...

KLANG - Rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura dimulakan sebulan lalu,...

Air Tasik Bertukar Lumpur...

PUCHONG - Lebih 2,000 rumah di sekitar Taman Sri Puchong bakal berdepan masalah...

Pertemuan Semula Selepas 10...

10 tahun sudah berlalu sejak bencana Tsunami menyerang Acheh, Thailand, Sri Lanka dan...

DUN Kedah Tolak Usul Bahas Antilompat Parti

ALOR SETAR : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat menolak usul yang dikemukakan pembangkang berkaitan antilompat parti yang sebelum ini dikuat kuasa di peringkat Parlimen.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Usul berkenaan dikemukakan Tan Kok Yew (Pakatan Harapan-Derga) pada sesi sidang DUN Kedah yang bersambung hari ini.

Menurut Juhari, penolakan itu dibuat kerana kerajaan negeri akan membahaskan usul itu pada sidang DUN akan datang.

“Walaupun peringkat Parlimen menguatkuasakan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan larangan melompat parti pada 5 Oktober lalu, namun kerajaan negeri mempunyai masa untuk berbuat demikian.

“Usul dibawa Derga tentang antilompat parti ini baik dan memenuhi kriteria tetapi saya tolak,” katanya sebelum memulakan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Juhari menambah, menurut Perkara 6, Jadual 8 kerajaan negeri masih mempunyai masa untuk menguatkuasakan Rang Undang-Undang lompat parti.

“Kerajaan (negeri) pun sudah maklum, kita nak buat secara teratur Rang Undang-Undang lompat parti,” katanya.

Setakat ini, Perlis antara negeri yang meluluskan enakmen anti lompat parti dan menguatkuasakan RUU lompat parti itu bermula 1 November.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori