Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

DAP Biadap, Jelas Musuhi...

MARANG - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota...

Gadis Rugi RM4,000 Serah...

KUANTAN - Seorang pekerja sebuah kedai barangan kosmetik kerugian kira-kira RM4,000 selepas diperdaya...

Tun Dr M Dan...

KUALA LUMPUR - Beberapa ketika sebelum bermulanya ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri...

Perkhidmatan Uber Kini Berada...

UBER agak popular di media massa sejak tahun lepas, dengan kosnya yang jimat,...

DUN Negeri Sembilan Lulus Enakmen Anti Lompat Parti

SEREMBAN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2022 bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Usul bagi pindaan itu dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan disokong sebulat suara oleh ahli dewan yang hadir pada sidang DUN Khas sempena Persidangan Ketiga Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan ke-14.

Aminuddin berkata, RUU yang dibentangkan itu bertujuan untuk meminda, memansuhkan peruntukan sedia ada serta memasukkan peruntukan baharu dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

“Kerajaan negeri memandang serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

“Ini kerana ia melibatkan mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri,” katanya.


Jelasnya, bagi membuktikan keseriusan dalam perkara berkenaan, kerajaan negeri bersetuju untuk merealisasikannya melalui pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Sementara itu, dalam persidangan sama turut meluluskan RUU Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022 selepas mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
“Pada masa ini, dilihat terdapat keperluan untuk mengemas kini undang-undang bertulis yang melibatkan tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat lingkungan agar urusan tanah adat tersebut lebih tersusun dan sistematik.

“Oleh itu, penggubalan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan 2022 ini memfokuskan kepada lima matlamat termasuk meminda Customary Tenure (Lengkongan Lands) Enactment 1960 (Disemak—2017) dan menyediakan teks sahih dalam bahasa Melayu,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori