Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

A. Aida Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan mengalami kerugian ratusan...

UMNO Ambil Tindakan Terhadap...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat daripada parti...

“Cukuplah Seorang Ketua Menteri”...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin menyifatkan cadangan...

Greece Izin Undang-Undang Syariah...

ATHENS - Parlimen Greece baru-baru ini telah memutuskan untuk membenarkan undang-undang Syariah menjadi...

‘DUN Pulau Pinang Bubar Atau Tak Diketahui Dalam Tempoh 24 Jam Ini’

PETALING JAYA: Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan atau tidak akan diketahui paling cepat dalam tempoh 24 jam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung hari ini membincangkan cadangan itu, namun memerlukan sedikit masa lagi untuk diputuskan.

“Ada beberapa perkara masih dalam pertimbangan. Sekiranya ada sebarang pengumuman oleh Majlis Presiden PH akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Kita akan umumkan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Fahmi berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH disebabkan ada permintaan daripada DAP Pulau Pinang.

DAP Pulau Pinang sebelum ini meminta DUN di negeri itu dibubarkan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setakat ini, Kerajaan Selangor mengekalkan keputusan tidak membubarkan DUN susulan pembubaran Parlimen, dengan pendirian sama turut dibuat Kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.


Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang turut hadir mesyuarat itu, enggan memberi sebarang kenyataan kepada media sebaik mesyuarat itu berakhir dan dilihat terus beredar menaiki kenderaannya.

Beberapa pemimpin DAP termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng dan Timbalannya, Gobind Singh Deo juga enggan memberi sebarang kenyataan.

“Tunggu..tunggu pengumuman,” kata Gobind sebelum beredar meninggalkan ibu pejabat PKR.

Sementara itu, mengulas sama ada MUDA diterima menyertai PH, Fahmi berkata, belum ada keputusan muktamad mengenainya, namun memaklumkan perkembangannya positif.

“Berkenaan MUDA, kita ada bincang. Progres positif, kita akan umumkan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori