Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suspek Pencemaran Sungai Disambung...

KUALA LUMPUR - Tempoh reman ke atas seorang pengarah syarikat yang ditahan berhubung...

Anak Kedua Fasha Bermula...

PETALING JAYA - Pelakon Fasha Sandha sudah menyenaraikan beberapa nama untuk bayi perempuan...

Dr Afif Sah Tidak...

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin tidak...

Budak ‘Kebal’ Bangun Semula...

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang budak lelaki dilanggar sebuah kereta ketika dia sedang mengikat...

Empat Kampung Di Kuala Muda Alami Banjir Kilat

SUNGAI PETANI: Empat buah kampung di Daerah Kuala Muda, di sini terjejas dalam kejadian banjir kilat selepas hujan lebat lebih sejam pada awal pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian itu menyebabkan hampir 40 rumah di Kampung Toh Pawang, Kampung Air Mendidih, Kampung Haji Wahab dan Kampung Bukit Belah dimasuki air setinggi kira-kira satu meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada pukul 3.55 pagi sebelum anggota penyelamat diatur gerak ke lokasi terlibat.

“Sebanyak 16 rumah penduduk di Kampung Toh Pawang dimasuki air, Kampung Haji Wahab (14), Kampung Bukit Belah (8) dan dua buah rumah di Kampung Air Mendidih.

“Anggota membantu memindahkan kesemua 59 mangsa ke tempat selamat dan sekitar pukul 9 pagi ini, air mulai surut yang membolehkan mereka kembali ke kediaman masing-masing,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, berikutan keadaan kembali pulih, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, sebaliknya hanya menempatkan anggota di kampung terlibat untuk memantau keadaan semasa.

Menurut Azhar, punca kejadian adalah disebabkan sistem perparitan di semua kawasan terlibat tidak sempurna selain lokasi kediaman agak rendah berbanding penempatan lain di daerah ini.


“Anak sungai di kawasan ini juga dipenuhi sampah sarap menyebabkan aliran air tersekat dan dengan taburan hujan yang lebat menyebabkan air melimpah ke kawasan sekitar,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Air Mendidih, G. Uthirasan, 75, berkata, rumahnya yang terletak berdekatan anak sungai dimasuki air dengan pantas dan beberapa barangan mengalami kerosakan.

“Nasib baik ketika kejadian empat anak dan dua cucu saya berada dalam rumah membantu mengangkat beberapa barangan sebelum dibantu anggota Pertahanan Awam yang turut berada di lokasi,” katanya.

Penduduk kampung sama, Phua Ah Soon, 65, turut terkejut kerana air memasuki rumahnya terlalu pantas ketika sedang tidur berseorangan ketika kejadian.

“Saya yang kudung sebelah kaki terharu kerana tindakan pantas APM berjaya membawa saya keluar. Walaupun alami kerugian kerana banyak barangan rumah rosak ditengelami air, saya lega kerana tidak ditimpa sebarang bahaya dalam kejadian itu,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori