Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Lapor Polis Jika Ditawarkan...

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Bukan Aksi Final Salah,...

MOHAMED Salah menegaskan aksi final Liga Juara-Juara bukan medium pertarungan antara dirinya dan...

Bumbung Bangunan SK Senawang...

SEREMBAN - Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang dekat sini, mengalami kerosakan teruk...

Serangan Syria: Hampir 200...

DAMSYIK - Serangan besar-besaran tentera kerajaan Syria mengorbankan sehingga 190 penduduk di Ghouta,...

Empat Stadium ‘Bersiap Sedia’ Untuk Piala AFF

PETALING JAYA: Empat stadium dikenal pasti boleh digunakan sebagai venue tuan rumah Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF 2022 sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak mampu beroperasi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu), Stadium Hang Jebat (Melaka), Stadium Sultan Ibrahim (Johor) dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur berada dalam senarai bersedua bagi mengharungi kempen Piala AFF.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, empat venue berkenaan dilihat boleh menggantikan SNBJ jika stadium keramat Harimau Malaya itu berhadapan masalah tertentu pada masa akan datang.

“Ada beberapa padang yang akan kita nilaikan Selasa ini akan membuat keputusan sama ada Piala AFF bakal berlangsung di SNBJ atau di luar bandar ini.

“Kemungkinan ia akan kekal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil atau sebaliknya belum pasti.

“Pihak kami termasuk Presiden (Datuk Hamidin Mohd. Amin) akan berbincang dengan PSM sebelum dapat melakukan pengumuman lanjut.


“Jika diikutkan penggunaan SNBJ terlalu padat selain turut menerima tempahan daripada pihak tertentu sekali gus memerlukan kita mencari stadium lain untuk mengharungi kempen Piala AFF.

“Perlawanan Piala AFF tetap akan berlangsung di satu venue saja. Jadinya, kita akan menilai kesesuaian venue itu untuk mengadakan perlawanan terbabit,” katanya pada program jelajah dan klinik bola sepak Piala AFF 2022 hari ini.

Saingan Piala AFF 2022 bakal membuka tirai pada 21 Disember depan dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Myanmar, Vietnam, Singapura dan Laos.

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon akan beraksi di laman sendiri ketika bertemu Laos dan Singapura dan perlu bertandang di gelanggang lawan pada aksi menentang Myanmar dan Vietnam.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori