Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dugaaan Buat Para Sukarelawan...

"Simpan handphone dan turun sendiri bantu mangsa banjir, rasa sendiri macam mana pasukan...

Pengawal Keselamatan Didakwa Cabul...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Lagenda Bola Sepak Selangor...

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia...

Stoking Tertera Kalimah ALLAH:...

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa...

Enam Aduan Kes Buli Diterima Menerusi Sistem MyHELP@KKM

PUTRAJAYA: Sebanyak enam aduan kes buli membabitkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) diterima setakat hari ini menerusi sistem aduan MyHELP@KKM, yang mula beroperasi pada Sabtu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata semua laporan yang diterima itu akan melalui siasatan yang telus dan berintergriti oleh Unit Integriti KKM.

“Saya melihat, walaupun baru hanya empat hari (dibuka), kita sudah terima enam aduan. Ini bermakna sudah ada individu yang berani menggunakan sistem itu.

“Saya sekali lagi memberi jaminan kepada warga KKM, tidak kira di peringkat mana pun, mereka tidak perlu rasa takut untuk gunakan sistem ini.

“Identiti pengadu akan dirahsiakan dan kita akan membuat siasatan mendalam melalui proses yang sudah disediakan. Ini adalah prinsip sistem itu untuk menjaga kerahsiaan dan identiti pengadu, malah mereka boleh membuat aduan secara ‘anonymous’,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KKM, hari ini.

Sistem MyHelp@KKM berkenaan diguna pakai oleh seluruh warga KKM, termasuk semua Program dan Bahagian, Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian serta semua organisasi (Pusat Tanggungjawab) di bawah KKM.


Kes dan kejadian yang dilaporkan melalui sistem itu terhad kepada kes buli membabitkan mangsa dan pegawai yang disyaki mengganggu (PYDM) dalam kalangan warga KKM.

Pada 22 September lalu, Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) mengesyorkan penggunaan sistem aduan bagi memudahkan pegawai membuat melaporkan kes buli secara langsung dan tindakan susulan dapat diambil segera menerusi tata cara yang telus serta menjaga kerahsiaan pelapor.

HWCITF yang ditubuhkan pada Mei lalu bertujuan menambah baik budaya kerja serta pengurusan perkhidmatan kesihatan dan menyiasat aduan buli di KKM.

Sementara itu, ditanya mengenai kes jangkitan semula COVID-19 di negara ini, Khairy memaklumkan, sebanyak 21,336 kes jangkitan kedua dan seterusnya direkodkan bagi tempoh Januari 2020 hingga semalam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori