Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar...

BATU PAHAT - Dua parah, manakala dua lagi cedera apabila sebuah pacuan empat...

ECRL: Mahathir Kata Keputusan...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata keputusan akhir mengenai projek Laluan Rel...

Penderitaan Pemandu Bas Dapat...

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19...

Video CNY, Kisah Jiran...

TENAGA Nasional Berhad (TNB) melalui video sempena Tahun Baru Cina kali ini, menceritakan kisah...

Feri Bawa 547 Penumpang Tersadai Akibat Air Laut Surut

ALOR SETAR: Sebuah feri yang membawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut di tebing lumpur akibat air laut surut di perairan jeti Kuala Kedah petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima laporan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada jam 4.55 petang.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Raja dihantar ke lokasi untuk melakukan pemantauan.

“Sebaik tiba pihak komander operasi dimaklumkan sebuah feri penumpang Kuala Kedah ke Langkawi tersadai tersangkut di beting lumpur.


“Seramai 547 penumpang dan kru dilaporkan berada dalam feri serta kerja pemindahan sedang dilakukan ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, tindakan pasukan penyelamat termasuk bomba, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Laut dan nelayan tempatan sedang memantau serta berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori