Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Agong Puas Hati Lawatan...

CAMERON HIGHLANDS - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

QSR Brands Sasar Lebih...

KLUANG - QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands), pengendali rantaian restoran makanan...

Buka Baju Tak Puas...

SEORANG wanita telah melondehkan baju dan seluar yang dipakainya di lobi hospital kerana...

Pembaharuan RTM Selari Keperluan...

PEMBAHARUAN bakal dilaksanakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengikut keperluan semasa terutamanya...

GERAKAN Guna Logo PN

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata ketetapan itu diambil hasil mesyuarat bersama kepemimpinan PN pada minggu lalu.

“Keputusan muktamad, kita gunakan logo PN (untuk) menghadapi PRU15,” katanya pada sidang media seleps pelancaran Bilik Gerakan PN Parlimen Bayan Baru di sini, hari ini.

Isu penggunaan logo GERAKAN disuarakan akar umbi peringkat cawangan dan bahagian dalam Persidangan GERAKAN Pulau Pinang baru-baru ini.

Ia berikutan kebanyakan pengundi dikatakan tidak mengetahui parti itu sudah keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Dominic mengakui masih ada segelintir individu tidak mengetahui keadaan itu, namun yakin kesedaran orang ramai semakin meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Kita akan terus memaklumkan kepada masyarakat terutama golongan veteran bagi memastikan maklumat berhubung pendirian GERAKAN yang kini berada di bawah PN sampai kepada rakyat.


“Hala tuju dan objektif parti kini adalah untuk memenangkan PN dan bukan sekadar bertumpu kepada GERAKAN,” katanya.

Dominic turut menyatakan kesediaan kembali sebagai calon di Pulau Pinang, namun sama ada bertanding bagi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diputuskan pucuk pimpinan.

Katanya, nama calon dijangka diumum sebelum 30 Oktober ini secara serentak di setiap negeri.

“Secara keseluruhan, GERAKAN dijangka bertanding sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen di seluruh negara dengan 80 peratus adalah calon muda dan muka baharu.

“Di Pulau Pinang, GERAKAN berhasrat bertanding di lima Parlimen iaitu Jelutong, Bayan Baru, Bukit Bendera, Tanjong dan Batu Kawan,” katanya.

Berdasarkan rekod setakat 5 September lalu, Parlimen Bayan mempunyai seramai 119,710 pengundi dengan 39,000 adalah pengundi baharu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori