Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Curi Barang Kemas Nak...

Segamat - Seorang wanita ditahan kelmarin, selepas disyaki mencuri barang kemas ibunya sebelum...

Buka Peluang Kepada Anak...

SHAH ALAM - Kepemimpinan UMNO di setiap peringkat perlu bersikap besar hati dan...

1,358 Kes Baru, 2...

Sebanyak 1,358 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak...

Lagi Gambar Individu Langgar...

KLANG - Orang ramai dan warga maya sekali lagi menjadi gusar apabila tular...

Gerhana Matahari Separa Merentasi Hemisfera Utara Selasa Ini

PARIS: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat merentasi kawasan Hemisfera Utara pada Selasa ini, dengan ahli astronomi amatur diberi amaran supaya berhati-hati menonton fenomena jarang berlaku itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Institut IMCCE di Balai Cerap Paris di Perancis memaklumkan, gerhana itu akan bermula pukul 8.58 pagi di Iceland dan berakhir di pantai India pada pukul 1.02 petang waktu tempatan.

Dalam perjalanannya, ia akan melintasi Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintas antara matahari dan bumi, memancarkan bayang-bayangnya ke planet kita.


Gerhana matahari penuh berlaku apabila bulan menyekat sepenuhnya cakera matahari, menjerumuskan sebahagian bumi ke dalam kegelapan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Balai Cerap Paris memaklumkan, gerhana Selasa ini hanyalah sebahagian dan bayang-bayang bulan tidak akan menyentuh langsung permukaan bumi.

Bulan akan meliputi maksimum 82 peratus matahari di atas Kazakhstan, namun ia tidak akan cukup untuk menggelapkan siang hari, kata ahli astronomi di Balai Cerap Paris, Florent Deleflie.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori