Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MAIPk Terima Zakat Perniagaan...

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat...

Impian Siti Nurhaliza Jadi...

IMPIAN untuk menjadi superwoman yang diidamkan oleh Datuk Siti Nurhaliza nampaknya menjadi kenyataan...

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah...

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan...

Pikap Terbabas, 8 Anggota...

PADANG BESAR - Lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kulim, Kedah...

Harga Runcit RON97, RON95, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol untuk kesemua jenis produk petroleum adalah tidak berubah dan kekal bagi tempoh 20 Oktober hingga 26 Oktober 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

MOF berkata bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.


Harga yang ditetapkan itu adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori