Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

PRN: DAP Tak Boleh...

KUCHING - Serba salah pula sama ada hendak kata bodoh atau biadap, namun...

Guru Perlu Tampil Buat...

KUALA LUMPUR - Guru yang menjadi mangsa buli pelajar mereka perlu tampil membuat...

[PAU 2021] Puteri UMNO...

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri...

Najib Lakukan Lawatan Kerja...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan...

Hujan Lebat, 20 Lokasi Di Kota Kinabalu, Penampang Dilanda Banjir Kilat

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi di sekitar daerah ini dan Penampang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 lokasi dilanda banjir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Antara lokasi dilaporkan banjir adalah Tebobon, Telipok, Indah Permai, Manggatal, Likas, Rugading, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Rampayan dan Kolombong.

Bagi daerah Penampang pula, banjir kilat membabitkan lokasi bulatan Sigah, Kampung Kibabaig, Kampung Kolopis, Kinarut, Pavillion dan beberapa lagi kawasan sekitar.

Difahamkan, selain hujan lebat, keadaan air laut pasang dan kegagalan sistem saliran serta perparitan turut menyumbang kepada kejadian banjir di beberapa lokasi.

Sementara itu, sembilan individu membabitkan dua keluarga di Kampung Mansiang, Manggatal, di sini, terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air kira-kira jam 3 petang tadi.

Semua sembilan mangsa dilaporkan terperangkap di rumah masing-masing sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, semua mangsa berjaya dibantu pasukan bomba untuk keluar ke tempat selamat

Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan Borhan, berkata pihak bomba akan terus menjalankan pemantauan terutama di lokasi dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir.


Katanya, hasil pemantauan petang tadi, beberapa kawasan di sekitar beberapa lokasi seperti Manggatal dan Penampang sudah dinaiki air yang menyebabkan beberapa jalan turut terjejas.

“Buat masa ini, selari dengan amaran waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), JBPM akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, JBPM juga turut menumpukan kawasan banjir di daerah luar termasuk Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan dan Keningau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Farhan berkata, daerah Penampang turut menjadi tumpuan jika air dari kawasan hulu sungai di Tambunan meningkat ke paras bahaya.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati serta tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Penduduk yang berada di kawasan kerap dilanda banjir juga dinasihatkan lebih peka dengan kenaikan paras air.

“Sekiranya berlaku kenaikan air secara mendadak, hubungi pasukan bomba dan bersedia untuk berpindah ke tempat lebih tinggi atau selamat terlebih dulu sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori