Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Sidang Parlimen Pada September...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menetapkan tarikh persidangan...

Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi...

DENGAN dua kali lafaz, penyanyi Akim Ahmad sah bergelar suami kepada gadis pilihan...

Sridevi Mati Lemas, Bukan...

DUBAI - Bintang Bollywood Sridevi Kapoor yang meninggal dunia di sini hujung minggu...

Tembak Isteri: Lans Koperal...

Kangar : Anggota polis yang menembak mati isterinya di sebuah rumah di Simpang...

Imigresen Selangor Tahan 501 Warga Asing Tanpa Dokumen

Shah Alam : Seramai 501 warga asing ditahan pada Op Bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bersama Jabatan Pendaftaran (JPN) di sebuah gudang pengasingan barang sebuah syarikat penghantaran di Seksyen 22 di sini, jam 12 tengah malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Serbuan dijalankan 78 penguat kuasa JIM Selangor dan empat pegawai JPN.

Timbalan Pengarah (Kawalan) JIM Selangor Tarmizi Talib Ali berkata, serbuan dibuat hasil maklumat awam sebelum pihaknya menjalankan risikan.

Katanya, 614 pekerja di gudang itu terdiri daripada 113 warga tempatan dan 501 warga asing diperiksa.

“Warga asing yang ditahan berusia 15 hingga 52 tahun, mereka membabitkan warga India, Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka.


“Mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri sah,” katanya ditemui di lokasi serbuan.

Tarmizi berkata, premis itu tidak pernah diserbu sebelum ini dan pihaknya akan merekodkan keterangan pengurusan syarikat penghantaran itu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori