Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UMNO, BN Konsisten Bantu...

MELAKA - UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod baik dan konsisten dalam...

Lan Minta Diberi Ruang,...

RAMAI terkejut apabila kumpulan Kristal kini dikatakan sibuk ingin mencari vokalis baharu ekoran...

Hampir 50,000 Tan Sisa...

PUTRAJAYA: Hampir 50,000 tan sisa banjir dapat dikeluarkan dan diuruskan pelupusannya di seluruh...

Bas Percuma Langgar Jentolak...

SABAK BERNAM - Seorang pemandu bas dan seorang penumpang berdepan detik cemas apabila...

Ismail Sabri, UMNO Dan PRU-15

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya mengakui anggota Kabinetnya daripada Perikatan Nasional (PN) tidak jujur dalam menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Selepas begitu banyak perbuatan dan tingkah lakunya membelakangi kepentingan UMNO, akhirnya beliau sedar bahawa rakan barunya dalam kerajaan duri dalam daging.

Itu antara sebab beliau akhirnya akur terhadap desakan partinya UMNO supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah kelewatannya membubarkan Parlimen PRU-15 akan mengurangkan manfaat besar kepada UMNO khususnya Barisan Nasional (BN).

Sedangkan BN sebelum ini berada dalam kedudukan amat selesa untuk meneruskan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (Melaka) dan Johor.

Ketika itu Ismail Sabri memberi pelbagai alasan demi alasan untuk mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri berdampingan dengan para “musuh dalam selimut”.

Begitulah Ismail Sabri dilihat sangat lemah dan kekurangan kesetiaan yang jitu untuk UMNO oleh majoriti akar umbi parti terbesar orang Melayu itu.


Sebahagian berpandangan selepas beliau berasa kedudukannya dalam risiko baru mahu bersama dengan pendirian UMNO PRU-15 perlu diadakan.

Tentunya semua masih ingat kisah ‘kereta perisai’ di PWTC selepas peristiwa beliau dikecam dan dibidas Perhimpunan Pemuda BN kerana enggan membubarkan Parlimen.

Jika BN gagal membentuk sebuah kerajaan yang dominan pada PRU-15 dan terpaksa berkongsi semula kuasa dengan musuh dalam selimut maka kita tahulah siapakah puncanya.

Sebab itu ramai pihak dalam UMNO berpandangan Ismail Sabri tidak sepatutnya kembali diangkat sebagai Perdana Menteri jika BN menang PRU-15.

Beliau telah meletakkan BN dalam kedudukan kurang selesa untuk menghadapi PRU-15 dengan lewat membubarkan Parlimen walaupun beliau telah diumumkan sebagai ‘poster boy’ oleh UMNO.

Artikel ini bukan bertujuan memecahbelahkan kesatuan UMNO, tetapi suatu lempas otak dalam merungkai realiti atau fantasi masa depan UMNO seusai kemenangan PRU-15.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori