Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guna Pekerja Uji Latihan...

TOKYO - Syarikat kereta api Jepun mempertahankan latihan keselamatannya yang memerlukan pekerja duduk...

Gadis Tertipu Dengan Pelukis...

DI zaman teknologi ini pengusaha/usahawan tidak perlu bersusah payah untuk mengiklankan perniagaan mereka. Semuanya...

Hanya 8 Kes Culik...

KUALA LUMPUR - Hanya lapan kes penculikan kanak-kanak direkodkan di negara ini sejak...

‘Toyol Cilik’ Dicekup Ustazah

LAHAD DATU - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang cuba memecah masuk sebuah rumah...

Jangan Terperdaya Scammer Tawar RM500 E-dompet Touch n Go

PETALING JAYA – Kumpulan Touch n Go meminta orang ramai supaya tidak terperdaya sekiranya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan sejumlah wang disertakan pautan yang tidak sahih.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Helah kali ini adalah dengan bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan yang menyamar sebagai aplikasi itu.

Touch n Go e-dompet dalam kenyataan di Facebook berkata, modus operandi yang digunakan itu berbeza kerana mempunyai ciri-ciri yang tidak akan dikeluarkan oleh syarikatnya.

“SMS daripada kami tidak akan disertakan dengan pautan.


“Sekiranya anda menerima sebarang SMS yang menyamar sebagai kami dan mempunyai pautan, mohon jangan klik dan sentiasa berwaspada dengan SMS yang diterima,” jelasnya, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pemakluman bantuan e-dompet RM500 daripada pihak kerajaan melalui pautan TNG sehingga dakwaan seorang mangsa kehilangan RM1,950 selepas mengakses pautan tersebut.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori