Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Ini Yang Kami Terima...

KES perceraian sering kali melibatkan anak-anak yang menjadi mangsa perebutan hak penjagaan antara...

Remaja Dicekup Ketika Aksi...

KUANTAN - Perbuatan seorang pelajar tingkatan dua mencuri sebuah motosikal di Leban Chondong,...

Vaksin: Malaysia Perlu Bayar...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu menjelaskan bayaran pendahuluan dan jaminan perkongsian risiko berjumlah...

Muhyiddin Umum BPN 2.0...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bantuan Prihatin...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api iaitu di bawah paras 5.9 peratus, lapor laman berita Kompas semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kadar inflasi dalam negara kita masih dalam situasi terkawal biarpun selepas kenaikan harga bahan api.

“Ini adalah salah satu perkara yang kita perlu syukuri dalam situasi ekonomi dunia yang semakin gawat,”kata Jokowi pada persidangan ‘Investor Daily Summit’.

Beliau membandingkan inflasi Indonesia dengan Argentina yang mencecah 83.5 peratus dengan kenaikan kadar faedah 3,700 mata, manakala perubahan kadar faedah di Indonesia hanya 75 mata asas.

Menurut Jokowi, inflasi boleh dikawal kerana pemerintah bukan sahaja bekerja secara makro, berbeza dengan negara lain, yang menurutnya hanya menaikkan kadar faedah.

“Kami (pemerintah) bukan sahaja bimbang dengan kenaikan kadar faedah yang menjadi kuasa Bank Pusat Indonesia tetapi dalam amalan sebenar, kami juga pergi terus kepada puncanya iaitu kenaikan barangan dan perkhidmatan,” kata Jokowi.


Beliau berkata, pemerintah pusat telah memberi kuasa kepada pentadbiran wilayah untuk menggunakan dana pemindahan am dan perbelanjaan yang tidak dijangka bagi mengurangkan inflasi.

Antara lain, dana tersebut boleh digunakan untuk membayar kos pengangkutan komoditi makanan dari kawasan pengeluaran supaya harga jualan di pasaran tidak banyak berbeza dengan harga jualan petani.

Jokowi mendakwa bahwa strategi itu telah dilaksanakan oleh pentadbiran wilayah dan berjaya mengurangkan inflasi.

“Carilah negara yang bekerja dengan sangat terperinci seperti kita dan bank pusat mesti mengawal makro.

“Sebab itu anggaran kenaikan inflasi akibat pelarasan bahan api semalam dikira pada 6.8 (peratus) dan jatuh kepada 5.9 (peratus)” tegasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori