Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Artis Buat Bisnes Pakaian...

KEBANJIRAN selebriti tanah air yang menjalankan perniagaan berasaskan pakaian sejak akhir-akhir ini menimbulkan...

Letupan Bot: Isteri Hampir...

LUMUT - Seorang isteri hampir pengsan selepas menerima berita mengenai suaminya antara lapan...

Keselamatan Domestik Pastikan Keamanan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerangka keselamatan domestik...

Lebih 1.5j Peminjam PTPTN...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan...

Jom Sertai Konsultasi Awam Dengan HASiL

Berita baik kepada yang berminat untuk menyumbang kepada dasar dan ketetapan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dalam aspek percukaian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

HASiL ketika ini sedang mengadakan Konsultasi Awam bagi dua perkara penting yang pertama membabitkan Elaun Cukai Pelaburan – Industri Layak.

Perkara kedua berkenaan Permohonan Untuk Kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tabung Kebajikan Hospital Awam, Hospital Swasta dan Hospital Pengajar.

Tempoh konsultasi bagi tajuk pertama adalah sehingga 9 Oktober ini, manakala tempoh konsultasi bagi tajuk kedua sehingga 10 Oktober 2022.

Konsultasi Awam adalah usaha oleh sesebuah agensi kerajaan untuk mendapatkan pandangan atau cadangan daripada orang awam tentang sesuatu perkara seperti perundangan dan perkhidmatan berkenaan agensi tersebut.

Konsultasi Awam dengan HASiL merupakan kaedah terbaik untuk orang ramai memainkan peranan menambah baik aspek kawal selia perundangan percukaian negara.


Ia juga memastikan setiap peraturan yang akan dilaksanakan HASiL berlandaskan kepada maklumat yang lengkap dan berasas berdasarkan penglibatan pandangan serta cadangan pelbagai pihak.

Sekali gus dapat meningkatkan tadbir urus dan kualiti perkhidmatan HASiL kepada kita selaku pembayar cukai.

Jadi tunggu apa lagi. Jom kita sebagai rakyat yang prihatin mengambil bahagian dalam Konsultasi Awam HASiL sebagai satu bentuk sumbangan kepada negara.

Pertanyaan berhubung berhubung Konsultasi Awam HASiL boleh dikemukakan menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Boleh juga dikemukakan kepada HASiL Live Chat atau menggunakan Borang Maklum Balas di alamat https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ .

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori