Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Gelombang...

PEKAN: Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di Negeri Pahang meningkat kepada 1,074 orang...

Sanusi Harap Wakil UMNO...

PAS mencabar Umno supaya meletakkan calon untuk mewakili DAP seperti mana PAS dengan...

1,900 JKKK Di Kedah...

ALOR SETAR – Mesyuarat pertama Exco kerajaan Kedah yang berlangsung semalam membuat keputusan...

3 Lans Koperal Didakwa...

JOHOR BAHRU - Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kastam Johor Rampas Rokok Seludup Lebih RM10 Juta

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas rokok seludup dari China yang bernilai lebih RM10 juta dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, dekat sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Sazali Mohamad berkata, rokok seludup itu dikesan ketika anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Gelang Patah menjalankan pemeriksaan pada 11.20 pagi.

Beliau berkata, mesin pengimbas yang digunakan telah mengesan imej yang meragukan dalam muatan kontena berukuran 12 meter.

“Kontena yang diimport dari luar negara itu dipercayai transit di Pusat Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan destinasi terakhir yang diikrar dalam ‘manifest’ adalah di Pelabuhan Kota Kinabalu.

“Pemeriksaan imbasan mendapati imej tidak sama seperti yang diikrarkan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 9.18 juta batang rokok putih dipercayai tidak berkastam yang diimport dari luar negara,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Sazali berkata, semakan ke atas dokumen mendapati bahawa kontena tersebut telah diikrar membawa pelbagai jenis barangan, antaranya lampu, aksesori komputer, peralatan bakeri, peralatan bayi dan pemanggang barbeku elektrik.


Kontena yang membawa muatan rokok bernilai RM3.67 juta, manakala jumlah duti atau cukai yang terbabit adalah sebanyak RM6.42 juta.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk cukai adalah lebih RM10 juta.

“Modus operandi sindiket itu adalah dengan membuat pengikraran palsu. Mereka juga membuat ‘transhipment’ di Pelabuhan Tanjung Pelepas sebelum dihantar ke lokasi lain bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 18 Peraturan-peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019 dan Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran tidak benar dalam manifest dan mengimport barang larangan tanpa permit.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori