Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

‘Mujur Cucu Keluar’

KUCHING - “Jika cucu saya masih menonton televisyen, mungkin malapetaka menimpa keluarga kami,”...

Pencuri Lena Tidur Selepas...

Sarasota (Florida) - Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil...

Caliph Buskers – Sogo...

Semalam, heboh diperkatakan mengenai penahanan aktivis Adam Adli kerana memberi ucapan dalam perhimpunan...

4 Pegawai Kastam Tidak...

Muar : Tiga pegawai dan seorang anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malayia...

Kedah Lulus Bantuan Khas Kewangan RM1,500 Pada Kakitangan Awam

Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang kakitangan awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember nanti.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program, projek yang dirancang oleh kerajaan demi membangunkan negeri ini,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata kakitangan awam negeri juga terlibat dalam menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di Kedah.


Sementara itu, beliau berkata semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) akan menerima faedah kenaikan gaji sebanyak RM100 secara ‘one-off’ setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain.

“Peruntukan Dasar Baru yang diluluskan untuk perkara ini adalah sebanyak RM622,000,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori