Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pelajar Maldives Cedera Pengiring...

PETALING JAYA - Seorang penuntut warga Maldives dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau...

Lebih 5,000 Berhimpun Depan...

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 peserta berhimpun bagi Solidariti Palestin di sepanjang Jalan Tun...

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin...

MUNGKIN sudah menjadi satu 'kewajipan'untuk selebriti mendaftarkan akaun Instagram untuk anak-anak mereka seawal...

JPJ Terengganu Keluar 573...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 573 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kepada...

Kereta Schumacher Mampu Capai Harga Termahal

LONDON : Kereta Ferrari yang dipandu Michael Schumacher pada musim 2003 adalah jentera Formula Satu (F1) terbaharu milik legenda itu yang akan dilelong.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiga kereta Ferrari yang pernah dipandu Schumacher sebelum ini antara empat kereta F1 paling mahal pernah dilelong dengan harga antara 5.2 juta pound (RM27.5 juta) sehingga 6.2 juta pound (RM32.8 juta).

Lelongan terbaharu yang akan diuruskan Sotheby, masih belum mempunyai tanda harga.

Begitupun, sudah pasti jentera itu akan menjadi salah satu kereta F1 paling mahal bakal dijual melalui proses lelongan.

Kereta model F2003-GA ­dicipta sempena penghormatan kepada mendiang bos Fiat, ­Gianni Agnelli.


Jentera yang dipandu Schumacher itu turut membantunya memenangi lima perlumbaan ketika dia memburu kejuaraan dunia pada 2003.

Dalam masa sama, kereta berkenaan membantu Schumacher merangkul kejuaraan dunia F1 keenamnya.

Schumacher kini tinggal bersama keluarganya di Switzerland, lokasi di mana F2003-GA akan dilelong.

Bagaimanapun, keadaan terbaharu Schumacher tidak didedahkan kepada umum sejak terbabit dengan insiden kemalangan ski sembilan tahun lalu yang menyebabkannya mengalami koma.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori