Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KCC RM368 Juta Mercu...

KANGAR - Kangar City Centre (KCC) bernilai RM368 juta yang akan dibangunkan di...

Tolak Chelsea Kerana Ingin...

PENYERANG bertaraf bintang yang diminati Chelsea sejak musim panas lalu memilih untuk menyertai...

[TERKINI] 13 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera...

Pengistiharaan MH370 Satu Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan rasmi bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 sebagai satu kemalangan...

KKM Manfaat Bajet 2023 Baiki Pulih Hospital, Klinik Daif Seluruh Negara

JEMPOL: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memanfaatkan RM420 juta daripada peruntukan diagihkan bagi sektor kesihatan melalui Bajet 2023 yang dibentangkan semalam, untuk pembaikan hospital dan klinik daif seluruh negara.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata melalui bajet itu juga penggantian akan dilakukan untuk peralatan usang dengan keutamaan kepada fasiliti kesihatan di pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, kerajaan menerusi Bajet 2023 turut meluluskan pembinaan Institut Penyakit Berjangkit berjumlah RM600 juta di Bandar Enstek di Nilai, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Seri Jempol di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.


Kerajaan memperuntukkan RM36.139 bilion kepada KKM iaitu RM31.50 bilion untuk

perbelanjaan mengurus dan RM4.639 bilion untuk belanja pembangunan.

Peruntukan dalam Bajet 2023 ini menyaksikan pertambahan RM3.729 billion atau 11.51 peratus berbanding RM32.4 bilion yang diperuntukkan pada 2022.

Khairy pada masa sama mengakui peruntukan besar untuk KKM itu menjadi bukti kerajaan prihatin terhadap kesihatan rakyat, selain memastikan sektor kesihatan negara dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori