Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wakil Rakyat ‘Tercenggang’ Lihat...

KUALA LUMPUR - "Kejap... minum air kejap," titah Yang di-Pertuan Agong sambil tersenyum...

Dong Jiao Zong Anjur...

SHAH ALAM - Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan...

Gaza Diserang Lagi, Orang...

SERANGAN udara bersiri terbaru Zionis ke atas Gaza telah meragut nyawa tiga orang...

Azmin Nasihat Jangan Lompat...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman menjelaskan bahawa Menteri Hal...

Komuniti Cina Juga Ditindas PH – Nur Jazlan

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) ketika era pentadbirannya selama 22 bulan turut menindas komuniti Cina di negara ini dalam aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, situasi itu berlaku kerana Menteri Kewangan ketika itu yang dijulang pengundi Cina mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme.

Nur Jazlan berkata, Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka dibuai PH dengan harapan bahawa nasib dibela oleh Menteri Kewangan bangsa Cina buat pertama kali sejak tahun 1976 tetapi harapan itu hancur.

“Minggu lepas ada sekumpulan komuniti perniagaan Cina yang membuat permintaan secara terbuka untuk saya kembali bertanding di Pulai. Mereka mahu saya kembali untuk mengubah keadaan ekonomi, perniagaan dan pendidikan di kawasan Pulai.

“Mereka dakwa mereka sudah tepu sejak empat tahun di bawah PH. Pada PRU-14 mereka dibuai PH dengan harapan bahawa nasib mereka dibela oleh Menteri Kewangan bangsa Cina buat pertama kali sejak tahun 1976 tapi harapan itu hancur.

“Ini kerana ternyata Menteri Kewangan yang dijulang oleh pengundi Cina pun juga mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme. Lepas itu pula kerajaan PH ‘hukum’ projek mesra ekonomi yang diusahakan ketika zaman BN tanpa asas ekonomi dan memikirkan kesan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Nur Jazlan, dalam isu pendidikan, komuniti Cina juga ditindas dan dinafikan hak oleh kerajaan PH semata-mata berpandukan kepada perasaan prejudis.

“Tengoklah apa jadi pada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), peruntukan tahunan kepada universiti orang Cina itu dipotong hanya kerana dikatakan projek institusi pendidikan itu diwujudkan oleh MCA. Sampaikan isu pendidikan masa depan pun kerajaan PH nak politikkan sesama sendiri tapi yang jadi mangsanya rakyat.


“Lebih parah, slogan Ubah Ini Kalilah telah menyebabkan kecelaruan dalam landskap politik negara dan menyaksikan tiga kerajaan silih berganti selepas PRU-14.

“Apa yang saya nampak daripada situasi itu ialah komuniti Cina kini mahu kembali kepada kehendak asas mereka itu ekonomi dan pendidikan. Mereka mula sedar bahawa PH menunaikan janji-janji mereka untuk membawa perubahan positif kepada sosio ekonomi di Pulai khasnya dan Johor secara keseluruhannya,” katanya.

Nur Jazlan berkata, atas kesedaran itulah yang menyebabkan komuniti perniagaan Cina merayu beliau kembali bertanding di Pulai sebab mereka tahu hanya BN dapat mengembalikan kestabilan sosioekonomi di kawasan itu dan negeri Johor.

“Apatah lagi selepas rakyat Johor kembali memberi mandat kepada BN sebagai kerajaan negeri dan isu kerjasama Johor dan Singapura memerlukan keseragaman antara kerajaan negeri serta Pusat. Segala keputusan, dasar dan usaha sama antara Johor dan Singapura hanya boleh dijalankan jika kerajaan negeri adalah BN dan kerajaan pusat juga BN,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, walaupun nampak macam bersungguh-sungguh komuniti perniagaan Cina itu mahukan perubahan pada PRU-15, beliau masih tidak membuat keputusan dan kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding.

“Saya belum yakin bahawa orang muda Cina dapat mengikiskan rasa prejudis dan sikap ‘tak dapat apa-apa’ atau dipinggirkan dari dasar BN walaupun hakikat sebenarnya mereka mendapat peluang untuk pendidikan dan ekonomi yang melimpah namun akhirnya ditolak dan dikhianati sendiri oleh PH,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori